TARIKH: 21 FEBRUARI 2017
MASA: 7.45 pagi
TEMPAT: DATARAN SKP
OBJEKTIF:
- Menjadikan murid banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Murid pada TAHAP JAUHARI ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
90 - 179
|
Gangsa
|
180 - 269
|
Perak
|
270 - 359
|
Emas
|
360 ke atas
|
NILAM
|
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200– 299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
PROGRAM INI DIHARAP DAPAT MENARIK MINAT MURID MEMBACA DAN MEREKOD BAHAN BACAAN.
-ADMIN-