PELANCARAN PROGRAM NILAM

Sunday 26 February 2017

| | | 0 comments
TARIKH: 21 FEBRUARI 2017
MASA: 7.45 pagi
TEMPAT: DATARAN SKP

OBJEKTIF:
  • Menjadikan murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.



Murid pada TAHAP JAUHARI ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM


Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
- Bercerita (1 sesi = 5 markah)
- Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
- Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
- Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atas
NILAM

PROGRAM INI DIHARAP DAPAT MENARIK MINAT MURID MEMBACA DAN MEREKOD BAHAN BACAAN. 

-ADMIN-
 

PELANTIKAN PENGAWAS 2017

Wednesday 1 February 2017

| | | 0 comments
TARIKH: 31 JANUARI 2016
MASA: 8.00 pagi
TEMPAT: DEWAN SKP

OBJEKTIF:

Menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada pengawas.

Pengawas yang telah dipilih dilantik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab setahun sebagai pengawas. Setiap pengawas di berikan watikah pelantikan. 

-ADMIN- 


PELANCARAN PROGRAM NILAM

TARIKH: 21 FEBRUARI 2017 MASA: 7.45 pagi TEMPAT: DATARAN SKP OBJEKTIF: Menjadikan murid banyak membaca. Menggalakkan sekolah ...